Parit Bugis (Hj Saifudin Bin Hj Mohd Kadak)

Description

Kampung Parit Bugis diteroka pada tahun 1909 oleh orang-orang Bugis yang diketuai oleh Daeng Saribut dan Daeng Abu Bakar dari Kepulauan Riau Indonesia.  Pada mulanya orang-orang Bugis ini telah membuka kawasan hutan di sini dan mengusahakan tanaman getah. Disebabkan tiada keserasian mereka berpindah. Datang pula bangsa Jawa berasal daripada Kabupaten Ponorogo Pulau Jawa Indonesia menetap di kampung tersebut.

Penubuhan homestay diilhamkan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Johor dan Persatuan Homestya Malaysia pada tahun 2003.

Peserta awal sebanyak 53 buah keluarga jumlah bilik sebanyak 150 buah

Terdapat beberapa pakej yang ditawarkan iaitu lawatan harian, Pakej 2h1m, 3h2m, pakej korban 

Homestay Parit Bugis mengetengahkan cara hidup, kebudayaan, makanan tradisional jawa

Pengalaman duduk bersama keluarga angkat di kampung tradisional

Lawatan keliling kampung menaiki gerabak ke Rumah Tradisional Jawa, Produk IKS seperti kuih cakar ayam, kerepek tempe chip, kerepek pisang, mee siput, inang-inang, bahulu dan lawatan ke tanaman cili fertigasi, ubi kayu, ternakan lebah kelulut, menyawit)

Persembahan kebudayaan seperti Barongan, Zapin, Kuda Kepang,  kugiran 60an

Duduk bersila makan nasi ambeng iaitu makanan tradisi jawa

Demo membuat ketupat atau belalang, bunga daripada bahan kitar semula, menebar roti canai, membuat kuih ros, bermain gasing

Sukaneka tradisi seperti dadu gergasi, memakai kain pelikat, pancing botol, boling kelapa

Tarikan berdekatan iaitu sawah padi, kolam air panas Sungai Gersik, Pasar Malam, Pasar Pagi

WiFi
Parking
Kitchen
TV
Balcony
Wash Machine
Phone

Property info

Property size: 300 ft

Property bedrooms: 1

Property bathrooms: 1

City fee: 0RM

Cleaning fee: 0 RM

Property prices

Price per night: 100 RM

Price per night for 5 days: 80 RM

Price per night for 15+ days: 80 RM

Price per night for 30+ days: 70 RM

Similar Properties

Homestay Sungai Setar Besar 2

2148 Sungai Setar Besar, Nibong Tebal - Malaysia
Category: Homestay | Location: Penang
Size: 1200 ft | Rooms: 0 | Guests: 10
Posted by: HomestaySgSetar

Homestay Warisan @ Mardiah 1

Homestay Warisan Kg Kubang Depu, Jertih 22000 - Malaysia
Category: Homestay | Location: Terengganu
Size: 150 ft | Rooms: 0 | Guests: 3
Posted by: Fakarul Azhar

Homestay Warisan @ Yusop Abas 1

Homestay Warisan Kg Kubang Depu, Jertih 22000 - Malaysia
Category: Homestay | Location: Terengganu
Size: 140 ft | Rooms: 0 | Guests: 2
Posted by: Fakarul Azhar