Homestay Warisan @ Mardiah 1

Description


Ingin menikmati keindahan kampung yang jauh dari kesibukan kota? Jom ke Homestay Warisan, Kampung Kubang Depu yang terletak di Jertih, Terengganu.


Selamat datang ke Homestay Warisan, Kg Kubang Depu!


Homestay Kampung Warisan ini adalah sebuah kampung yang dikelilingi oleh hutan² lipur yang nyaman, berhampiran dengan air terjun yang jernih, kawsan pantai yang cantik dan juga sungai.


Dari tempat penginapan kami, anda boleh pergi ke Jeti Pantai Kuala Besut atau Jeti Pusat Perikanan LKIM, Kuala Besut. Di jeti ini terkenal untuk orang ramai membeli ikan-ikan segar atau hidupan laut lain dengan harga yang murah! Jika anda hendak ke Pulau Perhentian, di sinilah satu-satunya jeti untuk ke sana ya!


 Lokasi kami berdekatan dengan pantai Kuala Besut yang cantik. Anda boleh untuk bermandi-manda di Pantai Air Tawar dan Pantai Bukit Keluang.


Di Pantai Air Tawar, anda boleh berkelah, bermandi-manda, anda boleh berjogging di trek yg disediakan, dan jika ada yang membawa kanak-kanak, boleh bermain di taman permainan yang luas. Jangan risau.. di sini berderet kedai makanan untuk anda pilih! Boleh isi perut yang sedang lapar tu! Haha!


Di Pantai Bukit Keluang yg bersebelahan pula, anda boleh beriadah mendaki bukit di tepi pantai sampai ke kemuncak Bukit Keluang. Kebanyakkan pengunjung gemar mendaki pada awal pagi untuk menyaksikan panorama matahari terbit! 


Oh ya! Pantai Bukit Keluang ni juga terletak bertentangan dengan Pulau Rhu ya. Kalau nak bersnorkling di sini, dipersilakan!


Bagi pengunjung yang cintakan air terjun, jangan kecewa ya! Di kawasan kami terdapat beberapa tempat yang menarik untuk dikunjungi, seperti;-


• HUTAN LIPUR LATA TEMBAKAH - Air terjun Lata Tembakah yang jernih, sejuk dan mempesonakan!


• HUTAN LIPUR LATA BELATAN - Air terjun Lata Belatan menuju ke Gunung Tebu


• AIR PANAS LA HOT SPRING - Mandi dan berendam di kolam air panas semulajadi pasti menyegarkan!


• LATA KOLAM AIR DERU - Rasai kejernihan dan kecantikkan air terjun Air Deru!


• RIVER CRUISE SUNGAI BESUT - Melayarai sungai Terengganu sambil melihat pemandangan kampung yang indah!


Anda juga boleh melawat Masjid Hadhari yang besar dan cantik, dan juga melawat keunikkan Masjid Kayu Ulul Albab. Uniknya masjid kayu ini adalah ia dibina tanpa sebarang paku! Ajaib bukan! 


Untuk aktiviti-aktiviti di kampung, anda boleh melawat sawah padi yang cantik, ke kebun buah-buahan dan juga melawat perusahaan keropok lekor.


Jadi, tunggu apa lagi! Marilah ke Homestay Warisan Kampung Kubang Depu. Dan alami pengalaman yang menyeronokkan!


#NOTA:

KONSEP HOMESTAY ADALAH MENGINAP BERSAMA TUAN RUMAH. 

Kami jamin layanan penuh kemesraan!

Parking
Kitchen
TV
Wash Machine

Property info

Property size: 150 ft

Property bedrooms: 1

Property bathrooms: 2

City fee: 0RM

Cleaning fee: 0 RM

Property prices

Price per night: 150 RM

Price per night for 5 days: 130 RM

Price per night for 15+ days: 100 RM

Price per night for 30+ days: 80 RM

Similar Properties

Homestay Pulau Betong ( Suriatie )

403 mk7 Pulau Betong, Balik Pulau 11000 - Malaysia
Category: Homestay | Location: Penang
Size: 120 ft | Rooms: 0 | Guests: 2
Posted by: Amir_Yusoff

Homestay Warisan @ Fakrol & Faezah 3

Homestay Warisan Kg Kubang Depu, Jertih 22000 - Malaysia
Category: Homestay | Location: Terengganu
Size: 140 ft | Rooms: 0 | Guests: 2
Posted by: Fakarul Azhar

Homestay Sungai Setar Besar 7

1112 Sungai Setar Besar, Nibong Tebal - Malaysia
Category: Homestay | Location: Penang
Size: 800 ft | Rooms: 0 | Guests: 5
Posted by: HomestaySgSetar