Homestay Pulau Betong ( Hj Zainol )

Description


Selamat datang ke Homestay Kampung Pulau Betong, Pulau Pinang.



Homestay Kampung Pulau Betong ini adalah sebuah kampung nelayan dan kampung dusun. Lokasi kami amat berdekatan dengan pantai Pasir Panjang yang cantik. Anda boleh bermandi-manda di pantai yang indah ini. Anda juga boleh menikmati keindahan sungai Tok Kedaq yang ada di Kampung Pulau Betong ini.



Bagi sesiapa yang minat bersenam,di sini juga anda boleh berjogging mengelilingi kawasan kampung, kawasan sawah padi , kawasan paya bakau atau kawasan hutan/bukit! Pasti menarik!   



Di Kampung Pulau Betong terdapat pelbagai aktiviti-aktiviti yang menarik untuk disajikan di atas permintaan anda. Anda juga berpeluang untuk menyertainya! Antaranya seperti;-



# Berbasikal mengelilingi kawasan kampung, kawasan sawah padi, ladang mempelam, kawasan paya bakau, kawasan hutan/bukit ( cas dikenakan )

# ATV ( cas dikenakan)

# Memancing

# Mencari siput ( mengorek )

# Melawat dusun buah mempelam

# Mencanting/melukis batik

# Menganyam cenderamata seperti tudung saji, bakul

# Cara membuat dan bermain Wau (bergantung pada cuaca)

# Mengait pukat

# Membuat kuih tradisional seperti kuih Kapit, kuih Loyang, kuih Peniram



Di atas permintaan pengunjung juga berpeluang untuk menyertai acara tahunan sukan rakyat seperti;-



# Lari dalam kasut gergasi/guni

# Congkak

# Bermain guli



Makanan sedap-sedap di Kampung Pulau Betong memang ada banyak ya! Antara yang digemari adalah;-



# Laksa Janggus

# Laksa Siam

# Nasi Lemuni

# Mee Udang

# Char Keow Tiow

# Sate



Homestay Kampung Pulau Betong juga berdekatan dengan pusat-pusat pengajian seperti;-



# Politeknik Balik Pulau

# Kolej Vokasional, Balik Pulau

# Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Balik Pulau

# MRSM Balik Pulau

# Sekolah Al-Mashor, Balik Pulau

# PLKN White Resort, Balik Pulau

# Kem Belia, Pasir Panjang



Jika ibubapa nak datang menghantar atau mengambil pulang anak, dijemput datang ke homestay kami ya untuk penginapan. 



Jemput datang ke Homestay Kampung Pulau Betong untuk mengalami sendiri keunikan dan keindahan kampung kami, kecantikan pantai kami dan juga pelbagai aktiviti-aktiviti menarik yang disediakan!


Anda pasti sukakannya!


Nota:

KONSEP HOMESTAY ADALAH TINGGAL BERSAMA TUAN RUMAH. Kami menjanjikan layanan penuh KEMESRAAN.

Parking
Kitchen
TV
Wash Machine

Property info

Property size: 120 ft

Property bedrooms: 1

Property bathrooms: 1

City fee: 0RM

Cleaning fee: 0 RM

Property prices

Price per night: 80 RM

Price per night for 5 days: 70 RM

Price per night for 15+ days: 60 RM

Price per night for 30+ days: 50 RM

Similar Properties

D'Skudai Rumah Melur

6, Tembaga Merah 9, Taman Sri Skudai, Johor Bahru - Malaysia
Category: Homestay | Location: Johor
Size: 1680 ft | Rooms: 7 | Guests: 10
Posted by: JK D'Skudai

Homestay Kg RHU 10 ( Maimun 1 )

Homestay Kg RHU 10 , 22120 Setiu - Malaysia
Category: Homestay | Location: Terengganu
Size: 140 ft | Rooms: 0 | Guests: 2
Posted by: AMAR SAUTI

Homestay Fasya

1Razak Mansion, Jalan Sungai Besi, Salak Selatan, , Kuala Lumpur - Malaysia
Category: Homestay | Location: Kuala Lumpur
Size: 850 ft | Rooms: 0 | Guests: 8
Posted by: Fadlimukhatar