Homestay Pulau Aman (Md Nor)

Description

Sekiranya anda ingin menikmati keindahan dan suasana damai sebuah pulau yang dikelilingi laut yang menawan hati, sebuah perkampungan nelayan Melayu yang tidak ada kenderaan bermotor selain bot atau sampan.

Tempah dan datanglah sendiri ke Pulau Aman (penginapan termasuk, sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam). Terletak di sebuah pulau di daerah Simpang Ampat, Seberang Perai Pulau Pinang, untuk ke sana harus menaiki bot kira-kira 10 minit dengan tambang RM7.00 pergi dan balik. Sesuai bagi percutian bersama kawan-kawan atau keluarga, Pulau Aman mempunyai daya tarikannya tersendiri.

Saat berlabuh di sini, anda akan pasti akan disapa oleh penduduk kampung yang ramah. Kemudian boleh juga menikmati keenakan mee udang atau masakan kampung dan menu makanan laut yang sangat enak di sebuah restoran terapung.

Banyak aktiviti ditawarkan dipulau ini, antaranya : 

Mencari siput dan kerang, bermandi-manda di laut, memancing ikan, menaiki skuter elektrik, permainan tradisional seperti congkak, sepak takraw, batu seremban, melawat kesan peninggalan sejarah seperti Perigi Emas dan juga terdapat pokok buah sukun yang tertua di Malaysia. Selain itu juga, anda juga boleh melihat pembuatan kuih muih tradisional, belacan dan ikan masin.

Datanglah ke Pulau Aman, anda pasti akan dapat menenangkan fikiran dari kekusutan dan kesibukan kota.

Kitchen
TV
Fireplace

Property info

Property size: 600 ft

Property bedrooms: 1

Property bathrooms: 1

City fee: 0RM

Cleaning fee: 0 RM

Property prices

Price per night: 100 RM

Price per night for 5 days: 100 RM

Price per night for 15+ days: 80 RM

Price per night for 30+ days: 70 RM

Similar Properties

Homestay Kota Aur, Vila Desa 2

1251 Kampung Kota Aur, Kepala Batas, Seberang Perai - MALAYSIA
Category: Room | Location: Penang
Size: 140 ft | Rooms: 0 | Guests: 4
Posted by: Zaimy56

Homestay Felda Selasih (Nor Roshaizah)

84, FELDA SELASIH, JERTEH - MALAYSIA
Category: Homestay | Location: Terengganu
Size: 600 ft | Rooms: 0 | Guests: 1
Posted by: Homestay Selasih

D'Bondang Homestay 5

Lot 14356, Jalan Kasawari, Peket 60, Sungai Besar - Rawang
Category: Homestay | Location: Selangor
Size: 600 ft | Rooms: 0 | Guests: 5
Posted by: Dbondang