Homestay Kg RHU 10 ( Maimun 1 )

Description

Selamat datang ke Homestay Kampung Pantai RHU Sepuluh, Terengganu.


Homestay Kampung Pantai RHU 10 ini adalah sebuah kampung nelayan. Lokasi kami amat berdekatan dengan pantai RHU yang cantik. Bagi anda yang minat aktiviti snorkeling, di pantai sini juga ada jeti yang boleh membawa anda menaiki bot ke Pulau Redang! Anda juga boleh menikmati sungai yang ada di Kampung Pantai RHU 10 ni.


Makanan yang paling digemari di sini adalah makanan ICT, iaitu IKAN CELUP TEPUNG! Memang sedap! Anda pasti sukakannya! Dan ada juga berpeluang untuk belajar memasak ICT ini bersama penduduk kampung ya! Terdapat juga makanan laut lain seperti udang, ketam dan sotong celup tepung. 


Di Kampung Pantai RHU 10 juga terdapat pelbagai aktiviti-aktiviti yang menarik untuk disajikan. Anda juga berpeluang untuk menyertainya! Antaranya seperti;-


# Melihat kunang-kunang

# Mencari lokang/remis

# Mencandat sotong


Pengunjung juga berpeluang untuk menyertai acara sukan rakyat seperti;-


# Panjat pokok kelapa

# Main bola pantai pakai kain sarung

# Main sepak takraw pakai kain batik


Di atas permintaan, anda juga berpeluang untuk melihat beberapa demo tradisional oleh penduduk di sini seperti Silat, Dikir Barat, Demo Panjat Kelapa & Demo Lekar. 


Bagi kaum wanita pula, jangan bimbang ya. Terdapat aktiviti masakan di sini seperti;


# Masakan ICT

# Laksa gandum

# Asam gumpal


Dan ada boleh belajar cara masakan di sini!


Jemput datang ke Homestay Kampung RHU 10 untuk mengalami keunikan dan keindahan pantai dan kampung kami, dan juga pelbagai aktiviti-aktiviti menarik yang ditawarkan!


Anda pasti terkenang!


Nota:

Konsep homestay adalah tinggal bersama dengan tuan rumah. Kami menjaminkan layanan penuh kemesraan


Parking
Kitchen
TV
Wash Machine

Property info

Property size: 140 ft

Property bedrooms: 1

Property bathrooms: 1

City fee: 0RM

Cleaning fee: 0 RM

Property prices

Price per night: 120 RM

Price per night for 5 days: 100 RM

Price per night for 15+ days: 80 RM

Price per night for 30+ days: 50 RM

Similar Properties

Homestay Felda Selasih (Mustafa)

141 FELDA SELASIH, JERTEH - MALAYSIA
Category: Homestay | Location: Terengganu
Size: 600 ft | Rooms: 0 | Guests: 2
Posted by: Homestay Selasih

A&A Homestay@KLIA

NO 29 Jalan Indah Klia 2 , salak tinggi sepang - Malaysia
Category: Homestay | Location: Selangor
Size: ft | Rooms: 0 | Guests: 6
Posted by: esir81

Homestay ketapang (Kak Rozita)

Lot 21662 kg telaga daing jln teluk ketapang, Kuala nerus - Malaysia
Category: Homestay | Location: Terengganu
Size: 1500 ft | Rooms: 0 | Guests: 5
Posted by: homestayketapang