Derus Jeini Homestay

Description

Derus Jeini Homestay, terletak di daerah kecil Sadong Jaya di bawah pentadbiran daerah Asajaya, Samarahan. Ia merupakan sebuah perkampungan Melayu yang mempunyai minoriti penduduk berketurunan Bugis. Pengaruh Bugis agak kuat di sini sehingga sebuah masjid di kampung ini diberi nama Masjid Al-Bugisiah. Bagi komuniti Bugis, tidak sah jika nasi yang di gelar "Burasak" turut diperkenalkan di sini. Lazimnya ketika menjelang aidilfitri, inilah antara menu utama yang biasa dihidangkan, berlainan dengan masyarakat melayu, yang biasa dengan lemang atau pun ketupat.

Saat anda menjejakkan kaki ke sini, pastinya suasana desa yang nyaman damai ditambah layanan tuan rumah yang sangat luarbiasa pasti akan membuatkan anda merasa seperti di rumah atau kampung sendiri.

Dengan membelanjakan serendah RM100 seorang, selain penginapan, perut anda pasti tidak akan sempat merasa lapar kerana anda akan diberikan pakej minum pagi, makan tengahari, minum petang, makan malam dan supper. Selain itu juga anda akan diberikan aktiviti seperti; bermain permainan tradisional bugis, mengutip sawit, melawat kampung, pusat membuat parang, kilang kerepek, kilang bahulu dan melohat demo juga belajar masakan tradisional bugis.

Selain itu juga, anda akan di bawa melawat sekitar Bandar Kuching dengan sedikit pakej tambahan. Jemputlah datang dan rasai sendiri kehidupan kampung yang pastinya menggamit kenangan.

Parking
Kitchen
TV
Fireplace

Property info

Property size: 800 ft

Property bedrooms: 3

Property bathrooms: 2

City fee: 0RM

Cleaning fee: 0 RM

Property prices

Price per night: 250 RM

Price per night for 5 days: 250 RM

Price per night for 15+ days: 230 RM

Price per night for 30+ days: 210 RM

Similar Properties

Homestay Ketapang (Cikgu Lan)

25251, Jln Pantai Puteri Tok Jembal, Kuala Nerus - Malaysia
Category: Homestay | Location: Terengganu
Size: 630 ft | Rooms: 0 | Guests: 8
Posted by: homestayketapang

Homestay Kg RHU 10 ( Amiah@Noriah 3 )

Homestay Kg RHU 10, Setiu 22120 - Malaysia
Category: Homestay | Location: Terengganu
Size: 120 ft | Rooms: 0 | Guests: 2
Posted by: AMAR SAUTI

A&A Homestay@KLIA

NO 29 Jalan Indah Klia 2 , salak tinggi sepang - Malaysia
Category: Homestay | Location: Selangor
Size: ft | Rooms: 0 | Guests: 6
Posted by: esir81