CABINSTAY Kg Parit Bugis

Description


HOMESTAY PARIT BUGIS.


Homestay kami menerima kunjungan berbentuk pilihan iaitu tinggal bersama tuan rumah atau persendirian. 


Mengikut sejarah, kampung Parit Bugis telah diteroka pada tahun 1909 oleh orang-orang Bugis yang diketuai oleh Daeng Saribut dan Daeng Abu Bakar dari Kepulauan Riau Indonesia. Pada mulanya orang-orang Bugis ini telah membuka kawasan hutan di sini dan mengusahakan tanaman getah. Disebabkan tiada keserasian mereka berpindah. Datang pula bangsa Jawa berasal daripada Kabupaten Ponorogo Pulau Jawa Indonesia menetap di kampung tersebut. 


Penubuhan homestay diilhamkan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Johor dan Persatuan Homestya Malaysia pada tahun 2003.


Terdapat beberapa pakej yang ditawarkan iaitu lawatan harian, Pakej 2h1m, 3h2m, pakej korban


Homestay Parit Bugis mengetengahkan cara hidup, kebudayaan, makanan tradisional jawa 


Pengalaman duduk bersama keluarga angkat di kampung tradisional 


Lawatan keliling kampung menaiki gerabak ke Rumah Tradisional Jawa, Produk IKS seperti kuih cakar ayam, kerepek tempe chip, kerepek pisang, mee siput, inang-inang, bahulu dan lawatan ke tanaman cili fertigasi, ubi kayu, ternakan lebah kelulut dan ladang kelapa sawit. 


Lawatan ke Keraton Embah Lanang juga pasti akan menjadikan kita seakan-akan berada di Tanah Jawa kerana keunikan seni bina warisan jawa yang sangat halus buatannya.


Persembahan kebudayaan seperti Barongan, Zapin, Kuda Kepang, kugiran 60an


Duduk bersila makan nasi ambeng iaitu makanan tradisi jawa 


Demo membuat ketupat atau belalang, bunga daripada bahan kitar semula, menebar roti canai, membuat kuih ros dan bermain gasing 


Sukaneka tradisi seperti dadu gergasi, memakai kain pelikat, pancing botol juga boling kelapa. 


Tarikan berdekatan iaitu sawah padi, kolam air panas Sungai Gersik, Pasar Malam dan Pasar Pagi. 


Tempah dan rasailah sendiri layanan penduduk kampung yang sangat mesra juga suasana desa yang permai dan mendamaikan yang pastinya akan menggamit memori.

Lokasi kami bersebelahan dengan Sungai Sarang Buaya.. Anda boleh melakukan aktiviti memancing dan pemandangannya sangat indah!

Parking
TV
Fireplace

Property info

Property size: 300 ft

Property bedrooms: 1

Property bathrooms: 1

City fee: 0RM

Cleaning fee: 0 RM

Property prices

Price per night: 80 RM

Price per night for 5 days: 70 RM

Price per night for 15+ days: 60 RM

Price per night for 30+ days: 50 RM

Similar Properties

Homestay Parit Bugis - (Masnom Haron 2)

173-1 Parit no.4 Jln Yusof 83600 Semerah, Batu Pahat - Malaysia
Category: Homestay | Location: Johor
Size: 5000 ft | Rooms: 0 | Guests: 2
Posted by: Homestay Parit Bugis

Homestay Parit Bugis - (Parmin Hj Ngasiman 2)

142-A Kg Parit Bugis Jln Yusof Semerah 83600, Batu Pahat - Malaysia
Category: Homestay | Location: Johor
Size: 2100 ft | Rooms: 0 | Guests: 2
Posted by: Homestay Parit Bugis

T'Tiara Homestay

No 11, Jalan Tiara 2/2, simpang renggam - malaysia
Category: Homestay | Location: Johor
Size: 1400 ft | Rooms: 0 | Guests: 10
Posted by: Tiara Homestay